My Lovely Friends..

Thursday, January 27, 2011

Erti sebuah pengorbanan...

gambar abah n emak...bersama cucu2nya.

Dah 2 hari mama tak menulis diblog mama ini kerana urusan peribadi..(keummc PJ) menjalani rawatan dan berjumpa doktor...lepas tu mama terlantar kat rumah n baru malam ni mama rasa ok sedikit..mama ingin bercerita tentang keluarga mama...mama mempunyai 8 org adik beradik...dibesarkan dlm keluarga yg agak  susah kerana bapa @ abah mama hanyalah seorang tukang kebun sekolah....tapi bapa mama berkorban tenaga siang dan malam untuk mencari wang bagi membesarkan kami...siang berkerja sebagai tukang kebun sekolah n disebelah mlmnya dia turun kelaut untuk menangkap ikan (jadi nelayan)....jika tangkapan malam itu banyak separuhnya akan dijual kpd pemborong n separuh lagi untuk makanan kami sekeluarga,syukur berkat pengorbanan bapa mama yg tegas ini...4 org adik mama berjaya menjejaki menara gading termasuk universiti diluar negara...bapa mama sanggup berhempas pulas utk mencari wang utk menghantar mereka kesana..(abah segala pengorbanan yg abah buat pada kami...insyaaallah kami akan ingati sampai akhir hayat kami)...TERIMA KASIH ABAH !..tak terbalas segala pengorbanan dan keringat nya untuk membesarkan kami selama ini, syukur akhirnya adik beradik mama berjaya dlm hidupnya...mama agak sedih sekarang ini kerana tidak dapat membantu bapa mama kerana mama terpaksa berhenti kerja (mbo) kerana penyakit mama...bagaimana pun mama sentiasa redha dgn ujian yg tuhan berikan buat mama...

4 comments:

alynn said...

balas jasa tak semestinya dengan wang ringgit, doa seorang anak utk parents pon boleh kira as part of balas jasa gak...

mama said...
This comment has been removed by a blog administrator.
mama aini said...

tq

Ujie said...

hopefully this will be the solution.. Apa2 infom adik bradikk.. Jgn senyap jerr..