My Lovely Friends..

Monday, February 28, 2011

MAYOR MANIK SHAH ALAM....


hari ni mama rasa ok sikit, dah seminggu rasa tak sihat, mungkin ubat yang didripkan pada 14.feb.2011 tu baru nak bertindak ke..mama tak pasti !. pagi2 lagi mama dah ajak cik nunu keluar ke Shah Alam nak tempah baju dari kain sari !!..dah nak masuk 2 tahun kain tu tersimpan dalam almari..susah nak jahit !!..harapkan mahal je, buat apa ek..suka membazir cik nunu ni !!...kain ni susah nak jahit fesyen apa yang kita nak..nah ambik kau !!.. upahnya rm 216 termasuk liningnya sekali!...mama pun ambil kesempatan tempah baju mama n baju melayu papa cik nunu sekali...mama dah biasa beli baju kan sini...ni first time tempah kat dia..rasa macam esuk nak raya pula! !....(tq kak lin:butik mayor manik s/alam) .. ;)

                         cik nunu ni...iskk2.. cerewet sgt!





Sunday, February 27, 2011

KOLEKSI BEAR....

Ahad, kemana hari ini?..mama seperti biasa, merehatkan diri dirumah,tiba2 terfikir utk naik kebilik cik n..terus terpandang koleksi bear dia..satu alamari dah penuh dengan bear !! koleksi dari umur dia kanak2 lagi..belum termasuk yang dibawa kerumah sewa kat kl lagi..papa dia seperti biasa (pot...pet) kat mama...dah besar tak elok simpan bear kat rumah kalau tak dimain...(dah macam ustaz, papa cik n syarah kat mama)...yang mama puji cik n ni dia cermat...dia  menjaga koleksi bear dia dengan baik tak kira bear tu besar atau kecil..n banyak juga lah duit mama yang terbang kerana koleksi bear ni...yang paling besar sekali hampir sama saiz dengan dia..bear tu  hadiah dia habis diploma (beli kat Jusco klang)...nasib baik..habis buat degree baru2 ni dia dah tak minta itu, ini lagi !!..he2..


ini sepupu lelaki dia.. pun berminat nak bergambar ngan bear `cik n`..he2..


ni pun sepupu dia...oya ngan salah satu bear cik n...# oya ni pun banyak koleksi bear kat rumah #


ini pun sepupu dia..amna !! eh apasal kecil je bear yang amna main ni?...kak n tak bagi pinjam yang besar ek?.. ha2..









Saturday, February 26, 2011

CITARASA PEREMPUAN.. ;)

bunga kaca kesayangan mama...

Citarasa orang perempuan ni lain dari lelaki !!..dah namanya perempuanlah kan..sinonim dengan shopping dan  hiasan rumah...inilah antara hobi mama ngan cik nunu!...apalagi papa cik nunu pun...(pot pet)... kat mama..kalah orang perempuan tau!..ahaha.. tu kisah masa mama masih lagi bekerja!...mama sanggup habiskan bonus tahunan mama gi shopping ngan cik nunu..he2..(tak hingat dunia bila shoppinnn...) mama gi shopping masa papa cik nunu blk kg..nanti dia bising...antara kegilaan mama semestinya kristal n bunga kaca...bukan apa bunga kaca ni senang nak dicuci..bunga kaca kalau nak cuci tak payah tanggalkan.. terus lap je, kan jimat masa n tenaga he...he!.lagi satu mama suka ngan jati... hampir semua perabut rumah mama dari jati...bukan apa jati ni antik..makin lama makin tinggi nilainya, n bolih pakai seumur hidup...tak ke jimat namanya papa cik nunu?...ha2x.. kini mama sudah tak bekerja lagi..rasa2nya tak de apa nak beli lagi!...tak tahu la cik nunu...ada ke nak tambah perabut kita ni?....bila dah tak bekerja ni mama terfikir...elok juga mama pilih bunga kaca ni, walaupun mahal harganya...berbaloi bolih digunakan  seumur hidup...begitu juga ngan kristal hiasan dan perabut jati ni...tahan lama dan tak payah nak ditukarkan... tak membazir, pun ...iskkk...iskk dah orang perempuan namanya!......


Friday, February 25, 2011

APA U ALL RASA....BILA

Mama nak kongsi cerita tentang apartment yang mama beli 5 tahun lalu, masa nak jual kat mama macam2 dia orang cakap,`untung cik beli ni boleh buat pelaburan..resort tu kan (bla...bla)` dia cakap tu ini, pujuk kita orang supaya beli, akhirnya kita orang pun beli....dan disewakan semula kepada resort berkenaan...2 tahun awal sewa dibayar mengikut kontrak yang dipersetujui... Masuk tahun ketiga,kontrak baru disambung semula...disini bermula rasa sakit hati, marah dan tertipu...resort berkenaan mula melengah2kan pembayaran kepada kami tuan punya, ...walaupun lambat bayaran masih dibuat oleh resort berkenaan...masuk tahun keempat semuanya bertukar menjadi mimpi ngeri, lama2 tiada bayaran diterima,...mama nak tanya apa u all rasa?, bila pihak resort kata..

@ tak banyak orang sewa..sekarangkan gejala H1N1..orang suka duduk rumah..!!..(kebetulan penyakit tu merebak)...
@ sekarang tukar pengurusan baru...share holder lama dah jual share dia !!.
@ jangan bimbang kita banyak kontrak ngan jabatan kerajaan (kursus)...kontrak lima tahun ngan kita!!..(mampu bayar hutang yang bertunggak kat u all)..n bla ..bla

salah satu kemudahan yg disediakan disitu.....

tapi keadaan bertambah buruk bila versi cerita lain kedengaran...(fund resort diguna untuk top up anak syarikat yang bermasalah, board of director dah songlap duit lah..n macam2 lagi)...  harap ni khabar angin je!..sebenarnya company ni besar, ada head office di tengah2 bandar, banyak anak2 syarikatnya...lepas tamat kontrak tahun kelima ni...mama ambil balik dari resort berkenaan...dan mereka masih berhutang ngan mama...apa rasa u all bila last week mama datang nak ambil duit tu dia orang cakap fund tak cukup lagi, dia cakap sorry bulan ni tak bolih bayar..sedangkan rumah tu kita punya n loan bank dijelaskan  setiap bulan ...apalah rasa u all ye?...kalau jadi macam ni kat u all ?..
kata kawan mama `nak saya tolong kerat2 atau potong2kan lidah dia... orang tu`!! ( yg buat janji2 palsu tu la)..ehem takkan sampai kesitu pulak..
rasa2nya darah tinggi mama dah naik kot !!..

Thursday, February 24, 2011

IRAMA DAN LAGU ITU...TIADA LAGI !.

Pagi ni mama rasa sunyi pulak...tiba-tiba tangan rasa gatal nak menulis kat entry ni, terpandang organ yang papa cik nunu belikan untuk cik nunu, konon2nya dia org nak jadi pemuzik dan penyanyi jalanan...itu kata papa dia, hari ini apa dah jadi?...Organ tu terbiar sepi sendiri...papa cik nunu masih kat kg...cik nunu seperti biasa sibuk ngan kerja dan ...(maybe la kan!) jangan marah cik nunu!. dulu papa cik nunu anta cik nunu gi class muzik, bila dah pandai main organ ni tiap2 hari dengar dia mainkan...papa dia ni dulu...seorang pemuzik tau, skrg sibuk ngan kebun getah kat kg, tiada jejari cik nunu n papanya bermain organ lagi!...walaupun mama ni ala2 jiwang sikit...he...he mama tak pandai main benda ni...dulu rasa tenang dengar irama yang dimainkan olih cik nunu...n papa dia pula menyanyi!..hari ini semua itu sudah tiada lagi...eh bila you all nak balik ni?...n bila organ ni nak dibuka penutupnya?...he...he tiada jawapan untuk ini!.


organ yang terbiar sepi.......

Wednesday, February 23, 2011

RAHSIA BULAN KELAHIRAN....

Kelmarin adik mama tag kat mama photo rahsia bulan kelahiran...bila baca macam nak gelak pun ada..
kata Datuk Dr Fadillah Kamsah tentang bulan mama dilahirkan..ini antaranya:


1. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya...
2. Daya firasat yg sangat halus dan tinggi...he...he mama selalu ada daya firasat tu...(masa kat office dulu, mama selalu ckp ngan kawan mama tentang sesuatu, jadi pula perkara tu..kawan mama cakap wah betulla firasat kau..) mama gelak je..
3. Sifat yang berahsia...pandai mencungkil dan mencari rahsia...he...he ini pun betul juga...tapi mama bolih simpan rahsia orang tau!....
4. Byk berfikir, kurang bercakap tetapi mesra...kah...kah sampai seorang adik ipar mama cakap kat mama...`masalah negara tak payah susah2 fikirkan, biar org yang bertanggung jawab je selesaikan`...he...he tapi mama tetap terfikirkan juga!...
5. Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran...itu juga sifat mama..
6. Mudah ambil berat terhadap org lain...itulah mama..setiap masalah org lain..mama rasakan masalah mama juga...sampai pening kepala fikirkan..org lain buat ke macam mama ni?...he...he
7. Tidak hargai pujian...itulah mama..lebih suka org tak puji mama...takut pujian tu tak ikhlas...isk, isk sampai kesitu mama fikirkan...
8. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik...he...he mama memang romantik!...tapi bab emosi ini, sorry ek..mama ni sensitif sikit...mudah keluar air mata...apa nak buat,?....
9. Suka duduk dirumah...he..he lepas dapat  MBO ni mama memang suka terperap kat rumah je...he...he!.

@~~ inilah petikan dari rahsia bulan kelahiran yang ditulis olih Datuk Dr.Fadillah Kamsah..nak tahu lebih lanjut..layarilah http/apps.facebook.com/tarikhlahiranda/
berminat layarilah sekarang ek...ini rahsia mereka yang dilahirkan pada bulan 11 (November) je...mama sendiri pun belum sempat melayarinya laman itu..he2..
apapun tq buat adik mama ujie yusmily..

Tuesday, February 22, 2011

HEPI BEZDAY-22 FEB 2011

          **************************************************************                                                                                                                                    
  
                    





MAY ALLAH BLESS U ALWAYZ!....




                                                   



`SIZE JET AIME`

*
*
*
*
*
hanya untuk u ek....
# hari jadi yang keberapa ni?#


Monday, February 21, 2011

SUARA SEBUAH HATI......




Hari ini isnin dah...buat yang masih bekerja..selamat berkerja ye!...dah 2 hari cuti...mesti malas nak masuk kerja ari ni...biasalah...buat orang yang sentiasa bercuti selamanya macam mama ni..ada satu perasaan yang lain...terasa bosan berada dirumah, cik nunu sibuk ngan kerjanya, suami mama  pula sibuk ngan kebun getah dikgnya (johor)...mama seorang diri melayan tv dan fb....he..he, tiba2 rasa sayu ...seolah2 diri terasing dari dunia orang lain...apa lagi yang termampu untuk dilakukan! sunyi, sepi, dan entah apa lagi perasaan yang tak mampu mama gambarkan...kucing mama semakin nakal, suka menggigit mama, sebab tu mama dah malas nak bermain dengannya...sorry kee`na...Pernahkah anda berasa begitu terasing dari dunia orang lain?,



Saturday, February 19, 2011

KANAK-KANAK SEKARANG....TERLEBIH BIJAK!.

Seiring kecanggihan teknologi terkini, kanak2 sekarang semakin bijak, bayangkan anak buah mama yang berusia 4 tahun sudah bolih membuka dan melayari internet dgn komputer (laptop) ibubapa mereka...mama mula menggunakan komputer waktu dioffice, bezanya keadaan waktu itu!...beruntung kanak2 sekarang ye..bayangkan berserabutnya keadaan mata mama...anak anak buah terpaku dimeja, mengadap laptop...semua kerja yang lain tak jadi...hai bijak2 anak buah mama ye!..he...he semua laman dia orang bolih buka...kadang2 siap tunjuk kat mama..`mak long ni handbag yang latest tau...(semua jenama mewah dia tahu) n ni baju ni baju tu...` baru darjah 3 tu...nampak tak semakin canggih teknologi semakin bijak kanak2 ini..atau mereka sudah terlebih bijak!...beruntungnya kanak2 sekarang, semua sudah tersedia..teringat mama beberapa tahun dahulu kisah kanak2 terlebih bijak.....begini katanya`mama,dah tukar epf mama kat nama saya!, kenapa ?... `si a dah tukar epf dia kat nama anak dia..` he...he gelak mama dengar cerita tu..mana  tahu ni?...`saya  dengar  si a...cakap ngan  si b`...(# $$#) ...katanya lagi...he...he (agak2nya anak siapa lah yang tanya mak dia soalan tu...ye?)..Hai  kanak2 sekarang memang terlebih bijak dah....

ni ammar sewaktu umur 4 thn dah mengadap laptop...

posing comel...lepas penat mengadap laptop.....

ini kakak dia umur 7 dan 9 tahun juga selalu mengadap laptop......

Friday, February 18, 2011

KERETA SASARAN PENCURI.. :(

tadi mama menerima panggilan dari adik lelaki mama yang bertugas disebuah bank di `damansara height`..berita sedih yang dibawanya..kereta honda kesayangan yang baru dibeli  beberapa bulan lalu telah dilarikan pencuri !!..terkejut mama dengan berita tersebut, mama hanya mampu berkata `bersabarlah`.. ada hikmah disebalik kejadian itu, Allah berikan dugaan buat dia !!..sebenarnya adik mama baru beberapa bulan sahaja bertugas dibank tersebut, sebelum ini dia bertugas dibank dijalan ampang..kereta tersebut diletakkan berhampiran officenya..kelmarin bila dia keluar dari office keretanya telah tiada, dia tlh membuat lapuran polis tentang kehilangan keretanya..
buat anda diluar sana..kerap kita terbaca diakhbar tentang kereta jenama mewah yang sering dijadikan sasaran olih pencuri !!..awaslah..
buat adik mama bersabarlah dengan dugaan ini..adik mama berkata dia fobia untuk membeli kereta jenama yang menjadi sasaran pencuri lagi..sekarang dia sedang menunggu insuran untuk kereta yang hilang..
@~~ yang pasti dia baru sahaja menghantar kereta tersebut untuk services dipusat service honda dibandar `S`..ada kemungkinan besar kakitangan pusat tersebut terlibat kerana menurut polis banyak kejadian kereta jenama mewah hilang selepas service dibuat dipusat2 tersebut !!.. mungkin kunci kereta tersebut telah diduplicate oleh sendiket yang didalangi olh pusat service terbabit..
buat anda diluar sana berhati-hatilah !!..buat adik mama pula, selepas ini beli kereta yang kurang risiko jadi perhatian pencuri macam kereta mama `??#-*#.. ahaha..
mama tahu adik mama sgt sedih kehilangan kereta tersebut..bersabarlah !!.. :(

(extra info - antara jenama popular yg jadi perhatian pencuri : ~~Camry@HondaCivic@Harrier@Skyline)~~ 


Wednesday, February 16, 2011

`BERSYUKURKAH KITA`.....




Pernahkah kita berfikir sejenak...adakah kita sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan buat kita selama ini...bagi diri mama pula, mama sentiasa menghargai nikmat yg Allah kurniakan buat mama...
a). bersyukur setelah 20 thn menghidapi penyakit ini, allah masih beri mama kesempatan untuk melihat matahari terbit pada esuk harinya...
b). bersyukur allah masih memanjangkan umur mama, untuk melihat anak mama membesar dan dewasa......
c). bersyukur, masih punya keluarga yang menyokong mama diwaktu susah dan senang mama,....terima kasih!.
d). bersyukur diwaktu mama didalam kesakitan , masih ada yang sudi menangis bersama mama,....
e). bersyukur dapat segala kasih sayang dari orang2 yang masih sayangkan mama.....




DISEBALIK BUNGA.. ;)


biasanya kita memberi bunga waktu  ingin melamar@masa bezday@hari convo.. ;)
bunga melambangkan keromantikan seseorang itu, lebih2 lagi bunga yang diberi adalah bunga ros !!..agak2nya lelaki yang tidak memberikan bunga bukanlah seorang lelaki yang romantik?..ahaha..bila hari valentine harga bunga ros melambung naik..apapun mama tak menyambut hari tersebut !!..
ehem bunga ros tetap menjadi pilihan utama untuk sesuatu acara..
masa convo (diploma) `cik n` order dan pilih sendiri..yang kena bayar mestilah mama dia !!.. hu2..dia nak ros merah & bear sekali !!.. :)
sekarang `cik n` dah bertambah dewasa@matang..he2.. masa convo (degree) dia baru2 ni, mama yang belikan dia bunga..dia tak pilih sendiri lagi .. ;)

convo (diploma).....

convo (degree)...

convo (degree) .....

Tuesday, February 15, 2011

Tak pernah terniat atau berniat pun....

mama mendapat panggilan dari seorang sahabat mama yg membaca entry mama !!..hampir tergelak mama bila dia bertanya ` adakah  antara tulisan mama itu menyindir seseorang atau ditujukan kepada orang tertentu?`..
tidak pernah pun mama berniat utk berbuat begitu !!..
 ini hanyalah entry merapu  bila terlebih makan ubat !!..he2.. kenapalah sampai kesitu kawan mama berfikir..
disini mama ingin meminta maaf jika ada yang terasa hati.. :(

pic.dr en.google




`SALAM MAULIDUR RASUL`(12 R.awal. 1432)


Salam Maulidur Rasul dari mama buat semua, hari ini hari cuti buat yang masih bekerja...macam mama ni he..he..setiap hari adalah hari cuti!...kemana kita pagi ni?, husband mama pagi2 dah kemasjid dikawasan perumahan mama, ada perarakan sempena sambutan `Maulidur Rasul`...buat cik nu, mr j,dan miss jim...kemana hari ni?...apapun yang kita lakukan hari ini, semuga mampu membahagia dan menceriakan hidup kita....Insyaallah...


Jumpa lagi....slm buat semua, dan selamat bercuti!.
(gambar2:  dari koleksi photo jmr) tq...tq

Sunday, February 13, 2011

`MAJLIS HARI JADI cica`.. :)

ini cica..

ehem feb.ni ramai ahli keluarga mama yang menyambut hari lahirnya iaitu en.papa@blogger jmr@cica..
@~~ blogger jmr : 10.feb..
@~~ en.papa : 21.feb..
@~~ cica : 20.feb

malam ni mama diundang olih papa `cica` utk meraikan hari jadi anaknya..mereka stay kat sabah..kebetulan mereka bercuti balik kesemenanjung jadi papa cica mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya disini bersama2 keluarga..ehem kami dihidangkan dengan makan malam dan yang specialnya antara menu malam tu adalah udang galah yg diterbangkan dari sabah..sedapnya.. ;)
`HEPI BEZDAY CICA`..semuga jadi anak yang solehah..amin..


cica atau Nur Farissa Insyirah..


ehem ni kek cica..apasal ada nama abang dia?..abang dia jeles, nak juga nama dia diletakan pada kek cica !!..ahaha..

Saturday, February 12, 2011

TQ..jmr.. :)


last week mama & en.papa menerima souvenir dari blogger jmr..tq.. :) 
dia baru balik dr out station - london@Italy@Holand..hu2x..terima kasih daun keladi  !!.. ;)







Friday, February 11, 2011

`GONG XI FA CAI`...dear friend !!!

dah beberapa tahun kebelakangan ini setiap kali `CNY` mama mesti dapat bag mengandungi bermacam2 makanan dan limau mandarin dari jiran mama yang tinggal di no:14 Jln 8..
mama mula kenal  gadis ni waktu dia menunggu bas sekolah didepan rumah mama, kebetulan waktu itu hujan dan mama mengajak dia berteduh dibawah porch..sejak itu setiap kali hujan mama akan menyuruh dia masuk utk berteduh diporch rumah mama dan mungkin kerana keramahan mama setiap kali `CNY` dia tidak akan lupa untuk menghantar makanan dan limau mandarin kepada mama...sampai anak mama `cik n` berkata `anak angkat mama` datang anta limau..he2.. banyaknya anak angkat mama kan `cik n`?..dan setiap kali hari raya aidil fitri mama juga akan menghantar kuih kerumahnya..selain dia mama juga ada seorang kawan (office mate) yang berbangsa cina...setiap kali hari raya dia dan anak2nya pasti datang kerumah..dan anaknya suka makan rendang dan makanan melayu..dan kita (1Malaysia)..ahaha..
`Gong xi fa cai` buat Kow Le Hwa (Kelly) & Chuar Ca Shim ..TQ.. ;)

bag berwarna merah

  antara isi kandungan bag tersebut

Thursday, February 10, 2011

`HAPPY BIRTHDAY`....(10.FEB.2011)

`Happy Birthday`..may Allah bless u alwayz !....ikhlas dari auntie mama n uncle papa!!...semuga awak bahagia sekarang ni..auntie mama ingin mengucapkan terima kasih atas segala2nya yang awak lakukan untuk menceriakan kembali hidup cik nunu...tiada hadiah yang dapat menandingi apa yang awak buat untuk cik nunu... sekarang ni dia sudah boleh tersenyum seperti dulu..mendung kelabu dihati cik nunu telah pergi selepas awak singgah !!..

1. Terima kasih....sebab bagi baju awak untuk lap airmata cik nunu waktu dia down dulu!...
2. Terima kasih....sebab pinjamkan bahu awak waktu dia sedih!....
3. Terima kasih....waktu dia keseorangan, awak singgah untuk support dia!...
4. Terima kasih.....awak buat dia bolih bernafas kembali@senyum semula@dan bersemangat utk meneruskan  kehidupan ini !!..

Dan juga awak sebenarnya juga tolong sapukan air mata kami..(itu awak tak tahukan?)..sebenarnya kami dah banyak menangis waktu cik nunu down dulu....apa pun terima kasih la..semuga Allah saja yang akan membalas kebaikan awak..terima kasih ye sebab datang ke family kami!.. hu2x..

Tuesday, February 8, 2011

BILA KAD PENCEN MAMA PULA YANG HILANG.....


inilah salinan report yg mama buat pagi tadi...
.

Hari ini balik dr Balai Polis Pandamaran Port Klang, mama masuk ke blog J.M.R dan membaca blognya yang bertajuk `jangan main2 bila hilang passport`....ni suratan atau kebetulan...mama pula tak blh tidur semlm kerana kehilangan kad pencen..mama!.Mama semakin jadi pelupa sejak kebelakangan ini..puas mama mencarinya...adakah tertinggal dikg mama semlm, atau tertinggal diPPUM masa mama discharged ari tu?...pening kepala fikir, rasa nak menangis pun ada..dahla seorang saja kat rumah ni...rasa otak mama dah tak berjalan kebelakangan ini...mama dah tak bolih nak berfikir lagi...nak kata dah tua sangat...belum kot!...baru 40an...kerana mama bersara awal (sbb kesihatan), pagi tadi 6.30am mama anta sms kat husband mama dikg (johor) beritahu kad pencen mama hilang...dia tak balas pun sms yg mama anta, mama call anak mama ajak ke JPA kat Putrajaya khamis ni untuk buat kad pencen baru...n suruh cik Nunu ambil cuti sekali...(sebab mama tak pandai drive kete...), jam 8.58am mama sampai diBalai Polis Pandamaran untuk membuat report kehilangan kad pencen mama kerana jika tiada polis report dibuat kad pencen baru tidak bolih dibuat...tak pasal2 pagi pagi lagi mama dan sepupu mama nana dah tercegat kat balai polis....malu pun ada...malang betul nasib mama hari ini!...nasib baik kpl yang menyambut kedatangan kita orang ni peramah dan sangat2 baik hati...terima kasih kpl Zul...sangat berdedikasi orangnya...hilang rasa marah mama..(pada diri sendiri la) melihat senyuman dan keramahan kpl Zul tu...he...he, dia siap bertanya dgn mama lagi...maklumlah polis pun kakitangan kerajaan seperti mama...`cik bersara awal ye?`...tanyanya,` ya saya tak sihat kata mama`.......`umur baru 40an dah sakit ye n sakit apa ye` tanyanya lagi...terasa muda pula bila dia cakap baru 40an tu...he...he n mama pun cakapla itu ini ngan dia...tentang penyakit mama...memang peramah dia ni kt hati mama!...n mama kena bayar rm 2 sahaja untuk polis report tersebut...hilang semua masalah mama bila kekaunter bayaran, gadis yang terima bayaran tu pun bersopan santun orangnya..Tahniah anda semua memang seorang kakitangan Polis Diraja Malaysia yang berdedikasi...!( dia orang tak tahu mama bekas polis pelabuhan)...he...he keluar dari balai...hp mama berbunyi sms masuk, mama malas nak baca...pagi2 biasanya sms dari entah apa2 la...tak kuasa mama nak tengok, ngan masalah berserabut,.... mama gi breakfast ngan sepupu mama-nana n kat kedai tu mama buka sms ..rupanya dari husband mama kat kg katannya `kad pencen u ada pd i`...kat dlm wallet i....baru sekarang dia reply sms yg mama anta...mama dah siap buat polis report lagi...dia bolih cakap macam tu...sakit dan  rasa marah pun ada!...agaknya naik lagi darah tinggi mama pagi ni....dah la penyakit yg sedia ada tak tahu nak disenaraikan...suami oh suami...suami siapa la ni?...he...he husband mama la tu!.mama tertanya2 buat apa dia simpan kad pencen mama...bukan ke kad pencen dia sendiri ada...dia ni pencen wajib tau!...he..he .....ni kes nak buat koleksi kad2 pencen kot...ha...ha macam anak mama dulu dia suka kumpul kad kredit mama n papanya yg dah expired...he..he sekarang ni sibuk, betul tak cik nunu?..dan tak sempat nak kumpul koleksi tu ye!....Buat en.J.M.R awak hilang passport n mama hilang kad pencen..! sorry ye tertulis nama en.kat sini ye......(buat cik nunu sorry ek...kecoh...kecoh pagi tadi tu..selamat 1 hari cuti awak ye!), kad pencen ni mama nak guna 11/2 dan 14/2 ni nak gi PPUM untuk buat rawatan....

Mama tetap merinduinya....

Pagi tadi sewaktu membuka blog mama, terkejut apabila melihat wajah seseorang yang pernah hadir dlm keluarga mama suatu waktu dahulu...menjadi followers mama..terima kasih,( miss u cik A..), hampir setahun lebih kita tak jumpa ye!...bila membuka album terpandang gambarnya...seorang wanita berkerjaya tapi punya kebolehan luar biasa...pandai membuat gubahan hantaran, memekapkan pengantin, pandai membuat cup cakes, dan bermacam2 lagi kebolehan yg dimilikinya...memang terasa rindu padanya...dia telah dianggap seperti kakak oleh anak mama cik Nunu..maklum saja dia tiada abang ataupun kakak..! Bagaimana sekarang?, semuga dia berbahagia dengan kehidupannya...keadaan memisahkan mama dan cik nunu darinya...cik Nunu sentiasa memuji dan mengkagumi kebolehannya itu..namanya tak pernah lepas dari mulut cik nunu..dan katanya cik A.. ada blog sendiri mama, dan mama memang ada melewatinya blognya`Whimsical Ardelia`...cantik dan menarik cup cakes yg dihasilkan oleh tangannya..itulah kelebihan dan kebolehan luar biasa wanita yang bernama cik A..ini, dia pandai memekapkan orang...keluarga mama memuji dia, nampak cantik wajah orang yang dimekapkannya... percayalah mama tak pernah lupakan cik A..semuga cik A..sedang berbahagia sekarang ini..tahniah ek...

Monday, February 7, 2011

CHEESE OREO CAKE...

 cheese oreo cake buatan cik Alin Norlin..

Sedih masih terasa atas kepergian sepupu mama kerana peragut...akhbar hari ini menyiarkan berita kematiannya..hidup mesti diteruskan...mlm ini mama teringat seorang teman mama difb, cik Alin Norlin..seorang wanita gigih yang berjaya memasarkan cookies dan kek buatannya sendiri, mama bangga punya kawan yang pandai memasak sepertinya dan berjaya menjadi usahawan meskipun bermula dari rumah, dan ia diedarkan kepada kawan kawan, akhirnya dia sudah punya blog untuk memasarkan produk buatannya sendiri...syabas lin!..dan mama sendiri telah mencuba cheese oreo cake buatannya..ternyata ia sedap (cheese kek) sebenarnya adalah kegemaran anak mama cik Nunu , atas permintaannya mama pun order kek itu dan pada 29.jan.2011 kek tu sampailah kerumah mama..Terima kasih cik Lin..sedap dan akan diorder lagi....semua orang yang sempat merasa nya memuji kek ini sedap!...termasuk adik mama yang dtg kerumah dari kelantan dan tetamu mama mr...

Sunday, February 6, 2011

DIA PERGI JUGA AKHIRNYA....

cuaca mendung-seperti mengerti kesedihan keluarga ucu Fatimah

Dari Allah kita datang dan kepadanya juga kita akan kembali...hari ini jam lebih kurang pkl 11.30am sepupu mama yang terlantar diwad ICU PPUM kerana diragut...akhirnya pergi juga kerana urat yg pecah dan luka dikepala akibat terhantuk diatas jalan raya sewaktu diragut pada tahun baru cina 3 hari yang lalu...meninggalkan suami, anak2 dan keluarganya setelah bertarung nyawa selama lbh kurang 31/2 hari.Walaupun rasa marah, sedih dan terkilan dengan peragut tersebut tapi mama redha dengan ketentuan dari Allah....semuga Allah sahaja yang akan membalas segala perbuatan jahat kamu...buat keluarga mama ucu Fatimah semuga sabar menghadapi dugaan dari Allah, dan seorang lagi anak ucu Fatimah yang sedang menyembunyikan penyakit kansernya semuga tabah dan kuat semangat menghadapi dugaan ini...mama tertanya2 bagaimana perasaan ucu mama itu bila dia tahu anaknya sedang menghidap kanser...sampai bila perkara ini akan disembunyikan oleh anaknya...tadi dia menangis sewaktu mama bertanya kemana jenazah adiknya akan dibawa dan dikebumikan.....sekejap lagi mama akan melawat jenazahnya dikampung mama, dimana dia akan dikebumikan..selepas waktu asar nanti...semuga dia ditempatkan didalam gulungan orang orang yang beriman....insyaallah. yang membuat mama terfikir dan sedih dia tidak sempat berpesan apa2 kepada suami dan anak2nya kerana dia terus koma selepas kejadian itu..semuga mereka kuat semangat untuk meneruskan hidup ini dan redha dengan ujian Allah.Alfatihah...

Saturday, February 5, 2011

PERAGUT......3hb.feb.2011

Semalam seorang sepupu mama dtg ke rumah ibubapa mama membawa berita yg menyedihkan..sepupu mama diragut sewaktu menaiki motor dlm perjalanan untuk membuka kedai makan yg berhampiran dgn rumahnya...waktu peragut menarik bagnya dia terjatuh dan kepalanya terhantuk diatas jalan raya pada 3hb.feb.2011...jam 3pm sewaktu cuti sambutan CNY ini...sehingga kini sudah 3 hari termasuk hari ini...dia masih koma..ditingkat 5 menara utama PPUM...(wad icu), disini jugalah tempat mama mendapatkan rawatan doktor pakar kerana penyakit yg mama mama hidapi...sedih, pilu dan marah sangat2 ...nampaknya manusia semakin hilang pertimbangan...untuk hidup perlu menjadi peragut, jalan mudah untuk mendapatkan wang tanpa perlu memerah keringat sendiri...siapa yang bersalah, peragut atau ibubapanya yang tak pandai menjaga anak?...bila OTAK sudah berada dilutut sanggup mengambil risiko..nyawa yang tak berdosa melayang, tiap hari diakhbar ada sahaja berita tentang nyawa melayang, kecederaan akibat diragut...keluarga kehilangan orang tersayang, anak kehilang ibu mereka akibat perbuatan peragut..sedih membaca berita tersebut..kini ia terjadi kepada sepupu mama Zubaidah Abbas (tam nama manjanya) yg sedang bertarung nyawa diatas katil PPUM...Semuga allah lindungi dan panjangkan umurnya kerana anak2 dan suami masih memerlukannya....amin.Buat peragut diluar sana bagaimana kalau org lain meragut ibubapa, isteri engkau atau keluarga engkau pula...bagaimana kau rasa? sebab ia belum terjadi kepada keluarga engkau sebab tu kau masih teruskan aktiviti engkau...Ingatlah setiap perbuatan jahat Allah akan balas semasa diatas dunia ini lagi...INGAT TU....masa kau akan tiba , tidak sekarang esuk atau lusa....buat ibu saudara mama (ucu fatimah) bersabarlah dengan ujian ini, kami sentiasa berdoa semuga tam selamat dan dapat membuka matanya kembali, doa mengiringinya dari mama dan ahli keluarga yang lain...

8 CIRI -CIRI BUKAN MENANTU PILIHAN.

Kita mulakan hari ini dgn idea merapu mama lagi...8 ciri2 bukan menantu pilihan...tak tahulah kenapa mama terover sikit bila bincang bab ini...mari kita ikuti satu persatu...he..he    

1.yang suka berpura2 beriman...tidak dapat menjadi imam semasa bersembahyang bersama keluarga kita!. kan sejuk hati bakal pak mertua kalau jadi imam sebab2nya...(a) bakal pak boleh berehat dr jadi imam sebab dah ada assistant baru...(b) juga untuk test bakal menantu tu ada pegangan ugama atau menantu hantu...he...he...

2. yang handsome...bila dia perasan handsome, dia berpotensi ada banyak spare tyre selain anak perempuan kita, kalau tak hansome dia sedar diri, dia mesti sayang anak kita....tapi kalau terjumpa yang handsome tapi ok la....nak buat apa?, terima je la mungkin itu satu bonus yg allah kurnia kan buat anak perempuan kita....he...he bertuah anak perempuan kita.

3. bila menjawab panggilan hp dia, dengan secara perlahan atau berbisik2 (seperti dlm kelambu) tu mesti call dari spare tyre dia la tu.... siapa yang susah?, anak perempuan kita juga, bila dia bercakap secara kuat sedikit maknanya dia jujur...bagi semua org dengar..tapi awas bila cakap terlalu kuat sangat...he...he takut dia pekak pula...sorry..

4. banyak alasan bila anak perempuan kita ajak keluar pada hujung minggu...katanya banyak nak basuh baju la..kononnya dah satu minggu tak berbasuh...he..he..selalunya anta dobi je!.lebih baik anak perempuan kita check kat rumah dia, ada kereta atau motornya...kalau tak de...semestinya dating ngan awek spare dia, siapa yang makan hati dengan kelentong dia?, anak perempuan kita juga...he...he

5. bila bergaduh dengan anak kita...dia datang cari kita dan cakap itu ini tentang anak kita...sedangkan anak kita tak pernah burukkan dia...diam aja,....he...he dia anak siapa ek?, anak kita ke!..something n nak cover line lah tu....dia aja yang betul n semua salah anak perempuan kita...siapa yang sakit hati? anak perempuan kita n kita jua tersakit hati...he...he

6. banyak adik2 angkat atau angkat2 yang lain...kah...kah..lebih baik suruh anak perempuan kita jauhkan diri...supaya anak kita tak makan hati bila dia cakap nak temankan adik angkatnya keluar makan, tapi tak pelawa ayam pun kat anak kita sekali, ikut dia gi makan...something...something....he...he.

7. suka tenguk awek2 yg seksi2 waktu keluar ngan anak perempuan kita n siap belikan baju2 yg seksi2 suruh anak perempuan kita pakai!, agar anak perempuan kita dapat dosa buka aurat sana sini...dulu kenapa pilih anak perempuan kita ? cari aja yg seksi macam inul (penyanyi dangdut Indon tu)...kenapa ? kenapa?...ni yang buat darah kita yang naik pula...hu...hu..maaf ye inul!.

8. yang ada kereta ala-ala gitu...senanglah  dia nak tumpangkan beberapa spare tyre dia...selain anak perempuan kita. lebih baik yang naik motor, hanya tumpangkan anak kita je...romantik lagi..biar dia belajar susah dulu..bila dah ok dia belilah kereta, dulu mula2 kahwin pun mama naik motor je...he...he.     

                                          sekadar hiasan....

ini adalah idea merapu mama untuk hari ini, jika suka pendapat mama ini..ikut ek...kalau tak suka faham2lah sendiri ya...jumpa dengan petua2 yang lain ek...kalau idea tu datanglah...

Thursday, February 3, 2011

Accident lagi....

kaki dia yg masih bengkak...

tgn yg masih luka sampai hari ini..takpe asal blh drive kereta...ktnya

ni kisah tentang suami mama...pada 24.jan.2011 mama terima sms jam 2.34pm dari dia yg berada dikg nya diSegamat johor menyatakan` i accident, i ok ..luka sikit je` ktnya.ya allah terkejut mama...ini kali keempat dia accident, pertama dia accident kereta waktu bujang, kali kedua sewaktu balik dari airport,mama dan anak mama ada bersama, motor merempuh kereta kami, budak lelaki tu terduduk ditepi pokok pisang,terkejut..mujur luka sedikit sahaja ,kami bawa dia repair motornya,  nak anta keklinik dia tak nak...kali ketiga suami mama keluar naik motor dan dilanggar kereta, dia ni degil, mama  tak bagi pakai motor dia nak juga..senang nak kemasjid alasan nya....rasa nak jual je motor dia waktu itu...bila repair kena rm500 n org yg langgar tak nak bayar...satu sen pun, (kereta buruk dia pun dia nak repair ktnya)...tak guna betul org tu!...itulah suami mama ada kereta nak naik motor..degil !...dan kali keempat ini dikgnya diSegamat johor...Berangan agaknya dia sampai blh accident?.....katanya budak lelaki tu yg bawa motor laju2.. n rempuh dia, yg dia bawa motor apasal..kereta kan ada....walau apa pun syukur alhamdulillah dia cuma luka kecil2 sahaja...tapi sampai skrg...selepas mama discharged dr wad kaki dia masih bengkak lagi...(rasa nak jual je motor yg kat kg tu...)

Wad 8TD Menara Timur (UMMC)



sewaktu drip `rituximab 1000mg`..

agak lama juga mama tak dapat menulis entry di`blog lemau` mama ini kerana mama berada diwad 8 PPUM 31.jan 2011 mama ke menara timur utk memasukkan ubat `Rituximab 1000mg` kedlm badan mama.. ini adalah percubaan pertama kerana menurut doktor semua ubat2 yang mama makan sebelum ini sudah tidak berkesan lagi..hu2..penyakit mama dari rheumatoid artritis sudah menjadi `overlap SLE`..jam 12pm 4 orang doktor pakar yg memantau rawatan ini berkata ubat ini akan dimasukan secara drip..lbh kurang setengah jam ubat itu dimasukan tiba2 mama termuntah2.. pening dan sakit dibahagian kepala !!..mama tidak berhenti2 muntah dan rasa sakit kepala yang amat sangat.. rasa macam nak pecah..adakahah tuhan akan mengambil nyawa mama diwaktu ini?..hanya itu yg sempat mama fikirkan !!..teringat suami dan anak mama..mama tak berpesan apa2 kat mereka..`oh tuhan kau panjangkan umurku`..mama berdoa..nurse menalipon prof.dr yang merawat mama..bila semua doktor tersebut datang dan memeriksa.. tekanan darah mama semakin rendah dan keempat2 doktor pakar terbabit setuju untuk menghentikan drip tersebut!.. dlm keadaan yg semakin lemah doktor memberitahu badan mama tak dapat menerima ubat tersebut..ubat itu terpaksa dihentikan dan disimpan didlm icebox kerana dia tahan selama 24 jam sahaja jika lebih dr waktu tersebut dia sudah tidak bolih digunakan lagi..kerana tekanan darah yg semakin rendah badan mama semakin lemah dan akhirnya mama ditahan diwad 8TD dikatil no 17..utuk pemerhatian doktor..terbaring diatas katil hati  menjadi sayu..tanpa mama sedari airmata mama gugur juga..rupa2nya semangat mama tidak sekuat yg mama sangkakan !!..syukur alhamdulillah tuhan masih memanjangkan umur mama..hari ini dapat mama menulis diblog ini walaupun mama masih lemah..1am doktor datang dan memberitahu ubat rituximab 1000mg itu akan dimasukan semula secara drip yg paling perlahan..kerana tekanan darah mama sudah naik sedikit..ubat ini akan expired pada jam 11.30am 1/2/2011..tangan kiri didrip dan tangan kanan pula diletakan mesin menyukat tekanan darah..setiap 15 minit nurse akan memantau tekanan darah mama atas arahan doktor dan airmata mama jatuh lagi utk kali yg keberapa mama tak pasti?..tak boleh utk ketandas juga macam2 yg berlegar difikiran mama..akhirnya ubat tersebut dapat diterima olh badan mama..ini pengalaman paling menyakitkan buat mama yg telah 20 tahun menghidap penyakit ini..ada seseorang memberitahu mama ubat ini ialah ubat `kemoteraphy`..pada 14 feb 2011 nanti rawatan kedua ubat ini akan diteruskan untuk mama..terima kasih buat doktor2 dan nurse2 yg merawat dan menjaga mama terutama Prof  dr.Sargunan dan kakitangan wad 8TD menara timur PPUM..