My Lovely Friends..

Friday, April 15, 2011

** KEKUATAN MAMA..kerana mereka .. ;(

mama masih disini..bolih melayan fb dan menulis entry ini...semuanya kerana semangat mama yang kuat untuk meneruskan kehidupan ini, biarpun mama sedar kadangkala harapan hanya tinggal harapan..`ubat kemo` yang di dripkan ke badan mama pertama kalinya pada 31/1/2011 dan 14/2/2011 macam tak berkesan biarpun kata `prof. dr. sargunan` (UMMC), effectnya hanya bolih dilihat selepas 2 ke 3 bulan !!!..sebenarnya mama dah lama bersedia untuk pergi..biarpun mama masih rapuh...segala2nya??...tahun ni dah 20 tahun penyakit ini menyerang mama...waktu itu `cik n` berumur 5 tahun..dan entah berapa ribu kali juga airmata yang tanpa mama sedari  tertumpah juga.. hati mama tak sekuat seseorang...?, kadangkala mama terfikir jika mama dijemput sekarang ini ...bagaimana dengan `cik n`...dia satu2nya anak yang mama ada, terlalu manja n sensitif orangnya...bagaimana mama bolih pergi di saat ini ?..kerana `cik n`dan `papa cik n` masih memerlukan mama, mereka seperti tak bolih berdiri tanpa mama seperti sekarang ini !!!..
jika ada anugerah pelakon terbaik..mama berhak untuk memilikinya !!..`mama nampak tabah..tapi sebenarnya rapuh`...mama berlakon seolah2 seorang yang kuat hanya kerana family mama n tentunya kerana `cik n` juga... Inilah hakikat kehidupan mama bila mama disahkan menghidap `overlap sle`..tapi hidup harus diteruskan juga, kini `ummc` menjadi rumah kedua mama !!!..sampai bila agaknya?.. :(


`cik n `



2 comments:

mummysyafie said...

salam kenal mama...

apa pun yang mama hadapi sekrang, nor harap mama tabah.

mama aini said...

tq...sudi singgah kat entry mama n follow mama,walaupun mama baru je start buat entry..mama hargainya..