My Lovely Friends..

Wednesday, April 25, 2012

bangun dari lena..

Salam semua & selamat malam..
ehem..hukk2x..




`BANGUN DARI LENA YANG PANJANG..UMPAMA SUATU MIMPI YANG MENGERIKAN`..RELA ATAU TIDAK KADANGKALA KITA TERPAKSA MENGHADAPI HAKIKATNYA !!!..KADANG2 KITA JUGA TERPAKSA PASRAH PADA KEADAAN..PAHITKAN KEHIDUPAN INI?..hu2x..










Thursday, April 19, 2012

IT WILL NOT REPEATED.. :(







SHE WAS BORN.. ***






*******************************************************************
*******************************************************************





` HER WEDDING DAY`...sob2x..



Sunday, April 15, 2012

DIA DATANG LAGI.. :(

Salam hujung minggu semua..

mama rindu u all semua !!!..sob2x..

ehem.. lemau & lembam dah sebati dengan mama !!..bertahun2 ke PPUM untuk meneruskan kehidupan dengan limpahan coklatnya yang perlu ditelan setiap hari juga semakin menghantui hidup mama !!! hu2x....kadang2 tension bila semua makanan yang dimakan rasa sama sahaja.. pahit !!! kerana telah diserap olih ubat2 penahan sakit..hari khamis lepas mama ke PPUM lagi..kali ni sessi ambil darah..2x jarum dicucuk ditangan sebelah kiri..tapi darah tak keluar..hu2x..kali ke3 baru darah dapat diambil dari tangan kanan pulak..bayangkan airmata keluar bila 2x tangan kiri dicucuk tapi darah takmo keluar !!..keluar dari bilik..mama tunjuk kat en.is..kedua2 belah tangan mama berplaster..hukk2x..minggu depan ni jumpa doc.lagi..sampai bila?..
balik dari PPUM..badan sebelah kiri mama sakit dan sukar digerakkan..seksa untuk melakukan segala2nya terutama waktu baring atau duduk !!!..saat ini mama stress sangat2 kerap marah2..terasa diri tak berdaya lagi..
nampaknya SLE mama aktif semula !!!..hu2x..mama semakin tewas nampaknya..

coklat yang harus dimakan untuk seumur hidup..hu2x..

Wednesday, April 11, 2012

KESEMPATAN BERJIMBA2 SAKAN ..

Assalamualaikum semua.. :)
ehem lamanya tak buka blog lemau mama ni..nampaknya waktu semakin mencemburui mama !!..maaf mama lambat  BW ke`entry` kawan2 maya tersayang..sob2x..semakin hampir bulan mei ni semakin bertambah sibuklah mama..macam2 yang mama nak buat & fikirkan..
ehem susah juga nak buat majlis ni ek?..macam2 mama kena buat..majlis mama biasa2 aja  !!.jemputan yang ikhlas untuk makan2 dan berjumpa kawan2..
hari sabtu lepas..7 april, mama berjimba2 sakan dengan `cik n` !!!..jmr nun kat miri sana ..en.is seperti biasa keluar kawasan lagi..sebenarnya kita orang ke`pertama complex` ambil kad untuk majlis resepsi `cik n`nanti.. kadnya `very der simple je` !!!..
pastu mama ke `sogo` pulak..kalaulah room mate mama tu ada..mesti mama dah kena marah..hu2x..`u kan dah berhenti kerja..buat apa beli  handbag banyak2?` ..ehem betul katanya..tapi keinginan yang gila `menyoppinnn` ni tak dapat mama ubati..hikk2...bila nak pakai handbag ni ek?..camne kalau ke PPUM mama gunakannya.. ehem walaupun sakit kita kena kuat semangat untuk teruskan kehidupan !!!..tak gitu?..hu2x..

`sinyen semua house`kedai perkahwinan..beli  barang2 utk majlis ..

jln TAR..yang sentiasa meriah..

`KL SOGO`..sale hingga 70%.. :)

hasil berjimba2 dgn `cik n` aritu..!!..tapau satu handbag & kasut ..bila nak pakai ni?..;)

Friday, April 6, 2012

`CINTA BUAT EMELDA` @ cinta antara kita..TV3

salam jumaat semua..
novel kasih antara kita yg baru cik n beli.. :)
fizo omar.almy nadia & mia sara..(pic.dicilok dr en.google)..

ehem sempat tak menonton slot akasia TV3 `cinta buat emelda`..sebenarnya drama ni diadaptasi dari novel `cinta antara kita` karya Aleya Aneesa..sekarang ni pengarah filem @ drama berlumba2 mengarah cerita2 yang diadaptasi dari novel..bagi mama,selepas jadi suri sepenuh masa ni, biasalah semua drama mama tonton..ha2x..
`cinta buat emelda`ni bersiaran setiap isnin-khamis jam 7pm-8pm..cerita tentang pengorbanan seorang gadis bernama emelda yang membesarkan `diana` anak luar nikah kakaknya emira yg telah meninggal akibat cancer..diana bertemu dr Aeril Fatah ditadikanya.. sebenarnya diana adalah anak dr aeril & emira..banyak konflik dalm drama terbitan David Teo -keluaran Metrowealth ni..Fizo Omar membawa watak sebagai doktor Aeril Fatah dan Almy Nadia sebagai Emelda/ Emira & pelakon cilik Mia Sara sebagai Diana..
Hari ni `cik n` beli novel `cinta antara kita` ni..`cik n` balik kerumah kerana en.hb dia berada jauh dipelantar & en.is juga berada diluar kawasan..hu2x..jadi banyaklah masa untuk mama & `cik n` menghabiskan masa membaca novel & menggodek ipad hantaran aritu kan !!..ha2x..agak2nya takde ke sesiapa nak adiahkan ipad kat mama ek?..ok sudah,sudahlah..cerita ipad tu kan..untuk mengetahui akhir cerita drama 24 episod ni jangan lupa menontonnya di TV3 ya.. :) mama nak teruskan membaca novel ni ya !!..hikk2x..



Wednesday, April 4, 2012

THANKS.. `Ejat Rahsia Hati & Faris Afandi`

ASSALAMUALAIKUM ..
mama dilanda ke`bz`an lagi..huk2x..sibuk menguruskan utk majlis resepsi pada bulan mei ini..
baru hari ini mama berkesempatan untuk mengucapkan terima kasih buat 2 photographer yang telah berkerja keras mengambil gambar semasa majlis pernikahan `cik n  & jmr`tempuh hari !!!. dan utk majlis resepsi bulan mei ini, sekali lagi mereka akan menjadi photographer `cik n & jmr`..juga atas kerja keras mereka terhasillah video majlis pernikahan `cik n & jmr`..dan gambar2 indoor - outdoor yg awosome !!..ehem jika berminat mengambil mereka utk hari bersejarah anda.. bolih inbox FB `Ejat Rahsia hati` @ hp 017 3796557 (Ejat)  & FB `Faris Afandi`..

meh layan pic.yang diambil olih mereka.. :)





Sunday, April 1, 2012

SCHA AL-YAHYA & BIO - ESSENCE BIRD`S NEST..

SELAMAT MALAM & SALAM HUJUNG MINGGU SEMUA..

Ehem 2 hari ini jadual mama padat sekali ..hukk2x..
semalam menemankan `cik n`,menghadiri majlis perkahwinan kawannya  di AU3 keramat & menghadiri majlis cukur jambul anak sepupu mama dipuncak jalil..hari ni mama & `cik n`menghabiskan masa & wang di `JUSCO BKT TINGGI KLANG` he2x....ehem.. roommate `cik n`jmr terpaksa bertugas jauh dikepulauan borneo sana..hukk2x..
Hari ni pelakon Scha Al-Yahya muncul  dijusco bkt tinggi klang dr 2pm-4pm..bagi melancarkan product baru `BIO- ESSENCE BIRD`S NEST`..disini ..peminat dapat bergambar & bermesra dgn Scha ..ehem`cik n`sempat mengambil gambar scha.. semakin berseri bakal pengantin ni !!.. :) sangat cantik orangnya ..peminatnya berebut2 utk mengambil gambar..walaupun mama minat dengan Scha ..mama terpaksa melupakan niat tersebut..hu2x..kena ambil no. utk naik kepentas utk bergambar dengannya..pengacara petang tadi adalah  Sharifah aliya..dari `HOT FM`..liya juga sangat cantik orangnya..

SCHA  SANGAT CANTIK !! ..ehem nampak kurus..

Scha & peminatnya..



** MAMA JUGA TERSEREMPAK DENGAN BLOGGER ` KELLYLOVETRISH`..
..EHEM DIA TAK KENAL MAMA PUN.. DADDY BERSAMA IBU & TWINS..SEGAN PULA NAK MENEGURNYA..WAKTU TU 4PM..MEREKA  BERJALAN KELUAR DARI JUSCO..