My Lovely Friends..

Wednesday, September 26, 2012

** pertengkaran suami isteri..

Salam rabu dan selamat malam semua..
hari ini tuan punya blog lemau ni ke`PPUM` lagi..ada appointment dgn prof.madya dr CT Ng..
kebelakangan ni mama sibuk memanjang..dah macam wakil rakyat pulak !!!..he2x..
ehem sejak berhenti kerja hampir 2 tahun ni..otak mama semakin lembam.. :(
untuk memcairkan kembali otak yang semakin membeku mama semakin suka membaca..dulu sibuk bekerja sampai takde masa untuk membaca..sekarang ni `novel , majallah anjung seri & pengantin` menjadi koleksi peribadi mama..en.is bising juga..hu2x..

hari ni mama terbaca kat mingguan wanita tentang `pertengkaran suami isteri`..
3 PERKARA YANG HARUS DIELAKAN :


@ menyentuh hal sensitif..
semua orang ada kelemahan tetapi tidak sepatutnya pertengkaran yg berlaku menyentuh isu sensitif diri pasangan..sebagai contoh mengaitkan keadaan tubuh pasangan yg lebih besar berbanding wanita2 lain..ia sememangnya membuat dirinya tersentuh sedalam2nya..hukkk2x..




@ menjadi ahli sejarah..
antara sedar atau tidak , ada segelintir pasangan yg mudah sahaja mengungkit untuk menyedapkan hati masing2..ketika nilah masing2 berlagak seperti ahli sejarah..mulalah keluar kata2`awak memang tak suka ibu sayakan?masa awak datang dulu pun saya dah nampak muka awak yg tak selesa ketika menjawab pertanyaannya`.. :(




@ pukul dan lari..
jangan tidak percaya ada pasangan yg suka bertengkar secara keras !!..keras yg dimaksudkan melibatkan pukulan, tendangan dan macam2 lagi..malah ada  yg memukul dan cuba melarikan diri dgn memutuskan komunikasi..contohnya..`cukuplah, saya tak peduli semua itu !!..saya nak pergi..





** sedangkan lidah lagi tergigit ..inikan pula suami isteri..hindari diri dari mengeluarkan kata2 kesat yg seterusnya bolih mengakibatkan perpisahan.. 

info: mingguan wanita
pic. : dr en.google


Friday, September 21, 2012

`miss my blog n u`.. :(

Salam petang semua.. 
ehem lamanya mama tak update entry kat blog lemau dan suam2 kuku ni..hu2x..apa nak buat mama sering on-off dgn penyakit mama !!..semalam mama mendapatkan `injection` diklinik selepas kaki tiba2 bengkak .. hari ni mama ke PPUM pula utk ambil darah, minggu depan berjumpa doktor pakar lagi..beginilah jadual hidup mama..terpaksa berjumpa doktor pakar dan menelan ubat2.. :( ..hari ni mama nampak sihat, tak mustahil esuk mama down..sebenarnya tak ramai orang yg menghidap penyakit `overlap SLE` ni..sila google kalau nak tahu tentang penyakit ni..mama pernah buat entry tentang tanda2 & rawatan buat pesakit ini..hu2x..
meh lupakan penyakit mama ini..apa kata kita kongsi kisah tentang blogger yang sudi berkunjung keteratak mama pada 17 sept aritu.. terharu sangat2 bila `teman2 maya`sudi jadi anak2 mama..tetiba bangga sangat ada ramai anak !!..ahaha..
minggu lepas mama dikunjungi olih blogger2 cute dan hebat..ehem kalaulah mama ada anak lelaki..awal2 dah booking mereka buat menantu !!..wakaka.. :)

anies.. http://aniesandyou.blogspot.com/

zakiah..http://zakiah-shah.blogspot.com/

nazirah..http://wwwcahayacintailahi.blogspot.com

** semua pic.diatas mama  cilok dr blog mereka..maaf ya !!!..hu2x..

Friday, September 14, 2012

** kutiq andaman` lagi.. :)

Salam semua..

ehem spt selalu blog lemau mama semakin bersawang2 !!.. hu2x..waktu semakin mencemburui mama..mama diserang ke`bzzz`an terlampau kebelakangan ini.
minggu2 ni mama sibuk dgn undangan open house dan majlis perkahwinan !!!
dan syukur alhamdulillah akhirnya selesai juga tugas mama untuk menyiapkan hantaran blogger comeyyy tu.. :) ..lepas majlis dia nanti mama uploadkan gambar2 hantaran tu ek !!!.. buat masa ni biarlah rahsia !!.. hikk2x..n projek seterusnya pula mama akan menyediakan hantaran buat sepupu mama pula..ehem semuanya dah nak kawen ek !!..ahaha..mama pulak yg teruja..mama dah takde anak yg nak kawen lagi..hu2x..
arini mama menemankan sepupu mama `nana` untuk ke `kutiq andaman` lagi..aritu pelamin & pakaian pengantin `cik n` disediakan olih kutiq andaman.. ehem sepupu mama juga ingin mendapatkan kidmat dari kutiq andaman untuk majlis pertunangannya pada januari ni..harga yang ditawarkan olih kutiq andaman adalah berpatutan..jika inginkan pakej lengkap perkahwinan silalah kunjungi  kutiq andaman atau add kat FB beliau `kutiq andaman`..

KUTIQ ANDAMAN... (ROSMAWATI BT AHMAD)
HP 019-3499844
NO.81 JALAN BESAR 42500 TELOK PANGLIMA GARANG 
SELANGOR DE.

** click gambar utk tumbesaran :)
ANTARA KOLEKSI PAKAIAN TERKINI..

PELAMIN TERKINI..

Thursday, September 6, 2012

** NASI MANDY..ala mama.. :)

Selamat malam semua..

dinner apa malam ni?..hari ni en.is puasa..pagi2 lagi ajak mama ke TESCO bkt tinggi klang..apa lagi nak beli bahan2 utk masak..ehem dia request nasi mandy..  hu2x.. amik kau !!!..`mini dia ta`tau masak`..hikk2x..
mama pernah makan nasi arab damsyik @ mandy kat senawang N9..sedap sangat !!!
kerana memenuhi permintaan en.is akhirnya mama gagahkan juga memasak nasi mandy tu..

TADAAAA... NASI MANDY ALA MAMA.. :) ..


ayam dimasukan kedalam nasi, sewaktu nasi hampir kering..
sambal tomato  & coslow..


NAK RESEPI ?.. 

NASI MANDY...(makan utk 4 @ 5 orang)..
1/2 ekor ayam diperap dgn 4 biji bawang putih, 4 biji bawang merah kecil & sedikit halia yg tlh dikisar,garam, sedikit serbuk kunyit & perasa knorr cukup rasa..biarkan setengah jam..kemudian masukan ayam yg diperap tadi kedlm pressure cooker & campurkan 6 cawan air selama 20 minit..kemudian asingkan ayam.. simpan air rebusan ayam tadi utk memasak nasi..ayam yg telah direbus kemudian dibakar hingga sedikit kekuningan diatas kuali yg diletakan sedikit planta soft..selama 10 minit..

4 cawan basmathi `1121 PUSA (jasmine)`..
2 sudu minyak sapi @ planta soft..utk menumis..

5 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkeh
5 biji lada hitam
2 biji bunga lawang
2 batang kayu manis..

bahan dikisar:
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah kecil
1/2 inci halia..

tumiskan semua bahan diatas..bila sudah kuning masukan air rebusan ayam sebanyak 6 cawan mengikut sukatan basmathi 4 cawan..(1 1/2 cawan air utk 1 cawan beras)..biarkan mendidih..kemudian masukan basmathi..bila hampir kering masukan ayam yg telah direbus & dibakar tadi kedalam nasi mandy tersebut..

sambal tomato ..(untuk dimakan bersama ayam & nasi)
*************
2 biji tomato
2 biji bawang merah
3 biji cili merah
sedikit daun ketumbar
sedikit gula 
sedikit garam.. kisar semua bahan2 ini..kemudian perahkan lemon..kalau takde lemon perahkan limau nipis pun bolih.. :)

coslow
******
kobis cina dipotong halus
carrot dipotong halus & nipis..kemudian campurkan dgn lady`s choice real mayonnaise..perap dlm icebox..

untuk mengelakan rasa muak..sila blend orange fresh..untuk dijadikan minuman :)..wakaka..


SILA..SILA MAKAN.. :)..senyum lebar en.is..`sedap` !! katanya..
EHEM INI BUKAN BLOG RESEPI ..SEKADAR MAMA INGIN BERKONGSI RESEPI YG SIMPLE  ..
SENANGKAN?..


Monday, September 3, 2012

exercise tangan @ practice !!..

salam syawal ke16..

ehem.. mama ter`bzzz` seketika dengan open house keluarga & jiran.. :)
raya tahun ni bertambah lagi anak buah mama !!!. :) .. adik mama selamat melahirkannya bayi lelaki `AN` pada 9 august 2012 lalu..

`AN`..baby boy !!!..3.75 kg..dilahirkan olh adik mama alynn.. :)

PIC. YG DI`EDIT`.. 
dan yang ni mama sedang exercise tangan @ practice !!!.. 

`AN`sangat manja ..suka tido atas dada mama yg semakin lebar !!!..wakaka..
kerana diri yang semakin `debom`..maka wajah tuan punya blog lemau ni terpaksa dieditkan..hu2x..

ehem tak sampai 1/2 jam tangan mama dah lenguh dan rasa kebas ..hu2x..macammana ni?..


** kali terakhir memegang bayi sendiri 17 tahun lalu..anak kedua lelaki yg meninggal waktu dilahirkan.. waktu tu nurse meminta mama mendukungnya..buat kali terakhir.. hu2x..