My Lovely Friends..

Monday, December 31, 2012

coretan akhir dec.2012..

salam pagi semua.



terlalu cepat masa beredar..tanpa sedar 2012 akan pergi meninggalkan kita dgn seribu kenangan manis & juga pahit !!..syukur alhamdulillah kita masih diberi kesempatan olih Allah untuk terus berada disisi orang2 tersayang kita.. 

`selamat tahun baru 2013`buat semua teman2 maya & reader ..
semuga kedatangan tahun baru ini akan membawa sinar kebahagian buat kita semua .. ;)


Sunday, December 23, 2012

2 kisah, satu cerita..

assalam & selamat malam semua..
ehem nampaknya semakin bersawang `blog lemau` mama ni..hu2x..seperti tuannya juga yang semakin `lemau & lembam`.. :(
seperti selalu juga bila coklat2 PPUM ini tak berapa nak berkesan lagi..mama terpaksa di `inject` utk mengurangkan kesakitan..faktor cuaca yang tak menentu membuat penyakit mama aktif semula..seluruh sendi2 & anggota mama jadi sakit & bengkak termasuk juga tangan mama.. macam mana nak taip entry ni?..ehem rasa nak pasang `PA` pulak utk taipkan entry mama..sila jangan muntah !!.ha2x..blog lemau & suam2 kuku je pun !!.. ;)

sebenarnya ada 2 kisah yang berlaku minggu lepas..

@@~ KISAH 1..
mama menghadiri majlis perkahwinan mr.pramugara & mrs.pramugari..ZABRI BIN MOHAMED SAID & NUR ALIYAH @ ELIZABERT BINTI GILBERT BENJIE  pada 13 dec.2012..mereka bertugas dgn `mas`..semuga pasangan berbahagia hingga akhir hayat..amin..



ehem tuan punya blog sempat jugak nak `enter frame`.. puan nunu ,suhaila wife sepupu juga adik pengantin, mama & sepupu mama haikal bersama2 ank mereka yg comil !!!..
ehem sama pulak color baju dgn sepupu mama tu..hu2...


sempat jugak puan nunu berbisik.. `baby.. mummy dulu pun bersanding kat dewan ni jugak tau` !!. ;) ha2x..


daddy-mummy mengimbau kenangan waktu bersanding didewan ini.. ;)

@@~ KISAH 2..
mama menerima kunjungan blogger dari utara (kulim) mr & mrs belalang hijau perisik & jr pada 17 dec.2012..terima kasih ek belalang sudi berkunjung keteratak usang mama.. ;)..  blog dia : suarabawahtanah.com
ehem mama tak sempat pun nak bergambar dgn belalang & family dia.. hu2x..


belalang hijau perisik yg low profile.. ;)






Thursday, December 13, 2012

BUDAK boring+sengal.. ;)

assalam..


semalam budak nakal ni lari lagi..
ehem dia pun boring asyik duduk kat rumah je !!!..hu2x.. 
** ayat cover kemain.. ;)

akhirnya jumpa dia kat kelongkong (longkang) depan rumah yg takde air..ehem pandainya dia bukak sangkar yg dikunci..  :)

~~~ingin lari dari  semua kesedihan..tapi dia terus membelenggu hati !! .. 
ingin merasakan sedikit kebahagian..tetapi semakin jauh dia pergi..~~

Tuesday, December 11, 2012

Tension tak? - (3).. ;)

Salam semua..
bagaimana hari u all?.. ;)

BERTAMBAH TAK TENSION KALAU KUCING U ALL BUAT PERANGAI LAGI..

kita nak tenguk tv..dia sibuk nak enter frame jugak !!!


tetiba tenguk dia landing baik punya kat dalam mangkuk maggi kita  !!!.. ha2x..
                                                (pic.dicilok dr en.google).. ;)


*** ENTRY MERAPU ORANG KENA TINGGAL SORANG2 KAT RUMAH !!!.. ;) ***

Sunday, December 9, 2012

Cerekarama TV3- `cinta dari syurga`..



Selamat malam semua..
semalam u all menonton cerekarama TV3..`cinta dari syurga tak?..
ehem kebelakangan ni banyak cerita tentang kecurangan suami !!!..ha2x..trauma tak?.. ;)
aritu `telefilem ahad`yg lepas pun pasal suami curang..
sebenarnya banyak yang bolih dikutip dari cerita2 begini..buat yg telah berumahtangga..hargailah apa yang ada..supaya kita tidak menyesal setelah kehilangan dia nanti..

cerekarama TV3 : `cinta dari syurga`.. 8 dec 2012 (sabtu) jam 10pm-12pm
antara pelakonnya.. fouziah gous - sebagai nur damia
                                 azlee khairi - sebagai zairul aiman
                                 anzalna nasir - sebagai dr nurul hannan

                           
kisah tentang seorang gadis yang bernama nur damia- (fouziah gous)..anak seorang ustaz yang membuka kelas `IQRA`..belajar satu kolej dgn zairul aiman (azlee khairi) - kebetulan ibu zairul belajar dikelas `iqra` bapa damia..zairul telah mempunyai kekasih `nurul hannan` yang akan belajar diluar negara utk mengikuti kursus kedoktoran..ibu zairul pulak menyukai damia yg bertudung..sewaktu hannan nak berangkat keluar negara dia telah bertengkar dgn zairul kerana difitnah kononnya hannan ada hubungan dgn temannya yang akan belajar bersama2nya diluar negara..hubungan zairul & hannan terputus dan hannan mencabar zairul untuk mencari gadis muslimah..
akhirnya zairul aiman berkahwin dengan damia pilihan ibunya..tapi zairul tetap tak dapat melupai bekas kekasihnya hannan yg ditemuinya semula melalui FB..hannan pula telah pulang kemalaysia & bertudung !!!..isterinya damia terlihat wajah hannan sewaktu zairul sedang membuka  FBnya..selepas mengetahui hannan telah kembali..zairul mula berubah sikap..damia merasa sedih dan waktu berjumpa doktor utk memeriksa tahap kesihatannya kerana dia masih belum mengandung & disitulah dia bertemu dgn dr.hannan bekas kekasih suaminya..konflik bermula bila  damia merelakan suaminya zairul berkahwin dengan bekas kekasihnya dr hannan dan dr hannan akhirnya telah mengandung..zairul mula melupakan tanggung jawabnya terhadap damia isteri pertamanya..damia rasa sedih dan menyuarakan hasratnya untuk berpisah dengan suaminya kpd bapanya..mereka dirujuk kepejabat ugama dan disana damia menyatakan sebab2 dia ingin meminta cerai dari suaminya..walaupun pada mulanya suaminya zairul tidak mahu melepaskannya..antara alasan damia... ** `dia tidak mahu suaminya menanggung lebih banyak dosa kerana suaminya tidak berlaku adil terhadapnya`..
dan yang paling menyentuh hati mama bila damia berkata lebih kurang begini..  ** `saya menagih cinta manusia..sedangkan cinta saya kepada Allah tidak sempurna lagi`..selepas bercerai damia menyambung pengajian ke Jordan dan zairul aiman mula merasai kehilangan damia bila dr hannan sibuk dengan kerjanya sebagai doktor pakar..akhir cerita zairul seperti merindui bekas isterinya dengan menatap wajah damia di FB .. ;)

pengajaran dari cerita ini..
** hargailah insan yang kita miliki !!.. kerana bila dia pergi sudah terlambat untuk kita menyesali & merasainya kehilangannya..
** pengajaran buat semua suami2..jangan sesekali membuka akaun FB hanya untuk mencari bekas kekasih anda !!!..kerana dia bolih merobohkan rumahtangga anda..banyak terjadi begitu..u all ada tak akaun FB?.. ha2x..
** tak semestinya cinta pertama anda adalah yg terbaik bagi kita..jadi hargailah `sidia` walaupun dia bukan pilihan sebenar ataupun bukan orang yang anda cintai !!!..ehem susah tak nak melakukannya?.. :(
** ikhlaslah bila berkahwin dgn pasangan anda..lupakan kisah2 cinta lalu anda & jangan lagi hubungi bekas2 kekasih anda..ha2x..bolih tak?

Thursday, December 6, 2012

`perlu dielak dari mengganggu perkahwinan`.. :(

salam semua..

setiap perkahwinan ada hitam & putihnya.. hari ini ia nampak tenang..siapa tahu esuk dia bergelora..bagaimana kita insan biasa utk menghadapinya?..







perkara2 yang perlu dielakan dari mengganggu perkahwinan :

* teruskan bersabar dan belajarlah untuk mengawal emosi..
* usirlah pelbagai andaian negatif terhadap pasangan anda.. ;)
* kenangkan kembali bagaimana ikhlasnya pasangan menerima anda sebagai teman hidupnya..
* sentiasa berterus terang dengan pasangan mengenai apa yang anda rasa..tetapi ingat, cari waktu yang sesuai untuk bertukar cerita.luahkan dengan cara yang baik dan jangan sekali-kali mengkritik..
* tanamkan kepercayaan dalam dirinya bahawa dia masih mampu menjadi suami atau isteri yang hebat sekalipun ada kenangan silam yang menyakitkan..
 ( dari mingguan wanita : 09-15 nov 2012)


aha..bagaimana?..bolihkah kita melakukannya !!.. ;)
yalah kita hanya bolih berkata, bagaimana mereka yang mengalaminya?..bercakap senangkan..tapi bagaimana untuk menghadapinya !!..
ingatan buat semua..berjuanglah untuk mengejar kebahagian biarpun sedikit yang akan kita dapat !!..pahitkan kehidupan..kadang2 kita ketawa, sedangkan hati menangis..kadang2 kita berpura2 kuat tapi didalam sebenarnya kita tak setabah manapun..hu2x..

Tuesday, December 4, 2012

PENANGAN ADAM & HAWA .. ;)

Salam dan selamat malam semua..

ehem tengah buat apa sekarang ni?..tengah menonton drama adam & hawa episod ke 57 ke?.. ;)
mama esuk baru dapat menonton episod 57 ni kat drama online dari  http://ezany-kun.com/video-drama-adam-dan-hawa-full-episode/ .. jika u all  takde pakej mustika macam mama click ezany-kun ni terus pergi kevideo drama ni !!..pakej yg mama langgan takde pakej mustika ni !!..hu2x..Thanks sangat2 kat ezany-kun sudi kongsikan video drama ni..
nampaknya episod drama ni semakin menarik..sakit hati mama melihat johan yang semakin psycho & mak dia yang asyik meroyan tu..susah kan bila ada manusia yang tak dapat menerima suratan & ketentuan takdir. !!!.siapa lagi orangnya kalau bukan johan.. bila dia dah tahu ain dah kawen dia takmo melepaskan ain dr hatinya pulak..yang mak dia pun satu asyik meroyan cari ain..ha2x..dia tak puas hati betul kat ain  !!..
ehem johan & mak dia tak dapat merima kenyataan yang ain sebenarnya adalah isteri orang..semakin mendebarkan & mama semakin tertanya2 apa kesudahan drama 80 episod ni..kat you tube takde video adam & hawa ni tau !!!.setiap drama & filem yang aaron aziz lakon kan  memang tidak pernah mengecewakan  !!..sampai zed zaidi pun meroyan.. he2x.
harap2 ezany-kun uploadkan video episod ni cepat2 ..episod malam ni dee (anzalna) yang tergila2kan am datang kemajlis doa selamat dirumah am..tak sabar nak tahu apa ceritanya malam ni.. ;)

** terimalah kenyataan meskipun ianya pahit..kerana sedikit ketenangan akan dirasai **

Monday, December 3, 2012

TELEFILEM ISTIMEWA TV3..`ke pintu bahagia`..



ehem bagaimana ahad u all semua?..mama baru sahaja selesai menonton `telefilem istimewa disember` TV3..tajuknya `ke pintu bahagia..dr 9pm -11pm..pelakonnya Fauziah Latiff sebagai raudah, Faizal Husin sebagai Azman, Fahrin Ahmad  sebagai shaiful & Nad Zainal sebagai dahlia..
kisahnya tentang seorang wanita bernama raudah lakonan Fauziah Latiff yg telah bercerai dgn suaminya azman kerana melihat sendiri kecurangan suaminya dgn orang gajinya dirumah sendiri..kemudian suaminya ditimpa kemalangan & dibuang kerja..dan dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat..benar kata lelaki yg datang kehospital..kecacatan itu adalah balasan tuhan atas kecurangannya..hu2x.. ehem jaga2 bila ada orang gaji dirumah ek !!..ha2x..bukan semua lelaki dapat menahan godaan !!!.. mama takde orang gaji tau .. ;) 
mama suka drama lakonan Fauziah Latiff sejak dia berlakon drama `airmata sara` aritu.. ..dia dapat membawa wataknya dengan baik.. 
selepas itu raudah bertemu dengan shaiful dimasjid..selepas kenal shaiful seorang peguam bekas suaminya azman datang utk memohon maaf & ingin kembali padanya & anak..tetapi raudah tidak dapat memaafkan kesalahan bekas suaminya itu..sementara itu iman anak raudah ditinggalkan disebuah pusat jagaan waktu raudah keluar bekerja..disana anaknya telah didera olih dahlia tuan punya pusat jagaan itu..hu2x..takut pulak dengar cerita tentang pengasuh2 yg mendera kanak2 ni.. :(
selepas anak raudah iman cedera & dimasukan kehospital kerana didera pengasuh.. akhirnya pengasuh tersebut dibawa kemahkamah dan dihukum penjara..shaiful cuba merapatkan semula raudah dgn bekas suaminya demi iman anaknya..mula2 raudah enggan menerima bekas suaminya semula tetapi shaiful berkata kita tetap kawan selamanya !!.. itulah pengorbanan shaiful..rasanya shaiful dah suka pada raudah..hu2x..akhirnya raudah kembali semula kepada bekas suaminya..ehem bukan semua orang dapat memaafkan bila suaminya curang tau !!..banyak pengajaran yang bolih dikutip dari telefilem ini : ..ingatan.. 

1. jangan terlalu percaya kepada suami & orang gaji.. ;)
2. pantau anak2 yg ditinggalkan dipusat jagaan..kerap sangat berlaku penderaan skrg ni hingga menyebabkan kematian..
3. demi anak2 maafkan kesalahan suami, biarpun ianya pahit !! .. sanggup tak u all semua melakukannya?.. ;)

** tak puas hati betul mama dengan akhir telefilem sutradara Murali Abdullah ni..hu2x..shaiful terpaksa melepaskan raudah untuk bekas suaminya..kalau mamalah jadi raudah mama tak akan maafkan kecurangan azman.. tapi kan `KEMAAFAN ITU DENDAM YANG TERINDAH` !!. benarkah ?..tak suka tau raudah balik kat bekas suami dia azman..suka kalau raudah dengan shaiful.. :) ehem macam pengarah telefilem ni pulak !!..hu2x..