My Lovely Friends..

Monday, February 25, 2013

** bertuah punya anak !!.. ;)

assalam semua..

BERTUAH PUNYA ANAK !!..  ;)))) ..




 ** PENANGAN ASYIK MENGHADAP TV @ TERPENGARUH DENGAN IKLAN  TV !!!.. hikk2x..

** pic.dr en.google..




Friday, February 22, 2013

`hepi bezday en.is`..

salam..


` HEPI BEZDAY EN.IS @ EN.PAPA`... 22 feb 2013..
may Allah bless u alwayz..amin..


** THANKS.. COZ U ALWAYZ WITH ME DURING MY GOOD N BAD TIME.. :(






Wednesday, February 20, 2013

penangan cendol tg karang.. ;)

salam semua..
kesihatan yang masih belum pulih sepenuhnya buat blog lemau mama ini bersawang kembali !! :(
dalam keadaan tak sihat tu mama & family sempat menghadiri majlis perkahwinan `anak` kepada sepupu mama di tanjung karang selangor..
sepanjang perjalanan dikiri kanan jalan ke kuala selangor @ tanjung karang dipenuhi dengan gerai2 cendol. nampak ramai pengunjungnya termasuk `gerai cendol bakar` yang selalu diceritakan olih blogger kat blog mereka !!..
bisik kat en.papa..balik nanti kita singgah minum cendol ek !!..sempat jugak.. ;)

dalam perjalanan balik ke`kelang` mama & family mama singgah minum cendol, ehem cuaca agak panas masa tu.. hu2x..kerana gerai `cendol bakar` terlalu ramai pelanggan kami singgah kekedai cendol yang lain..ehem sedap!!..lupa pulak nama kedai tu.. hu2x..
macam2 cendol yg kami order !!..agaknya pening  tuan punya kedai tu.. ;) `cendol +pulut+durian+tapai !!..he2x..ramailah katakan ( 3 kereta) !!.

ehem siankan anak buah mama `an`..umi n babah dia letak dia atas meja !!..ha2x..tak sabar nak minum cendol lah tu.. ;)
`an`kena pegang botol susu sendiri !!..dia baru berusia 6 bulan tau !!.. ;)

sebenarnya `baby stroller`- `an` tertinggal kat rumah..nak tau berat `an`..9kg..debam kan dia?..
ehem tak lama lagi `an` akan dapat adik sepupu !!!..anak puan n.. ;)

Friday, February 15, 2013

TV9 - drama Dalam Setiap Sujud

assalamualaikum semua..

sekejap masa berjalan sekarang dah masuk bulan feb 2013..bagaimana hari u all semua?..mama pula tahun baru ni disambut dengan `lemau & lembam`..penyakit mama semakin aktif..sebab tu kadang2 mama ada..kadang2 mama tiada.. :(
sekarang ni mama suka melayan drama2 yg disiarkan olih  TV `rangkaian media prima`..u all layan tak drama `dalam setiap sujud`?.. sob2..

tajuk drama : Dalam Setiap Sujud
siaran : setiap isnin & selasa jam 8.30mlm-9.30mlm
pelakon : nur fathia - sebagai jannah
              : azlee khairi - sebagai fareez
              : el faeza ul haq - sebagai zulaikha
              : keith foo - sebagai hendra

kisah tentang jannah seorang jururawat yang berkahwin dengan fareez yang telah mempunyai kekasih bernama zulaikha..fareez terpaksa berpura2 menerima jannah demi  memenuhi kehendak ibunya yang sakit..selepas berkahwin bermulalah episod duka hidup jannah yang terpaksa berendam airmata dan makan hati dengan perbuatan suami dan kekasihnya yang terang2 menyakitkan & melukakan hatinya.. walaupun serumah tetapi jannah tidak tidur sekatil dengan fareez kerana fareez sangat membencinya dan ingin membalas dendam kepada jannah ..fareez anak orang kaya- menuduh jannah berkahwin dengannya hanya kerana inginkan harta ibunya..menonton tak episod 10-11 minggu lepas?..fareez  mendapat sakit (demam panas) dan jannah tetap menjaga suami yang tak pernah sayangkannya !!..ehem geram betul mama dengan perangai zulaikha yang datang melawat fareez..dia sesuka hati je masuk kedalam rumah jannah dan menuju kebilik jannah..sungguh kurang ajar betul zulaikha ni !! ha2x.. `emo pulak mama` !!..tanpa segan silu zulaikha menyakitkan hati & menghina jannah..tapi jannah tetap bersabar..hanya airmata yang menjadi teman jannah.. jannah menyembunyikan masalah rumahtangganya dr ibubapanya & ibu fareez sendiri..tapi rahsia terbongkar bila ibu jannah datang utk melawat fareez yang sedang sakit & dia berjumpa dgn zulaikha..akhirnya ibu ayah jannah telah tahu fareez ada kekasih .. apakah yang akan berlaku ?..jangan lupa saksikan episod seterusnya minggu depan ek !!.. ;) 

@@ - teringat mama jannah disukai olih hendra dari indonesia ..jannah bertemunya sewaktu menjadi sukarelawan sewaktu bencana alam disana.. ehem watak hendra dibawa olih keith foo..  pelakon dari malaysia yang lahir pada 6 jan 1983.. sudah 2 tahun dia mencuba nasib berlakon disana seperti juga ashraf sinclair..ehem pandai keith foo berbahasa indonesia ek.. ;
banyak pengajaran bolih dikutip dari drama ini..hu2x.. @@ al faeza ul haq memang menjiwai watak sebagai zulakiha (perempuan jahat)  !! @@ azlee khairi pun semakin dikenali..banyak drama TV dia menjadi hero..

Sunday, February 10, 2013

`hepi bezday` blogger jmr..


`HEPI BEZDAY ` my dear `sil`..  jmr23.com
may Allah bless u alwayz..amin..



** alwayz be a gud `hb` for my princess..
** be a gud daddy for `jr`. to be.. 

Cerekarama TV3, suamiku jururawat

Selamat malam semua..

ehem ..tidur mama terganggu kerana dentuman mercun & bunga api jiran mama ..esuk kan `chinese new year`..biasalahkan kalau tinggal dikawasan perumahan.. ;)
tonton tak cerekarama `suamiku jururawat` tadi?..drama ala2 komedi sempena `tahun baru cina` lakonan tomok & yana samsudin..

cerekama TV3 setiap sabtu : 10pm-12pm..
pelakon :
yana samsudin sebagai doktor suriati
tomok sebagai mikhail
angelina tan sebagai datin ila
mustafa kamal sebagai datuk shahrizal
penerbit MIG Production

kisah tentang datuk shahrizal yang berkahwin dengan datin ila yang berbangsa cina..mereka telah berkahwin selama 28 tahun dan mempunyai seorg ank gadis yang bertugas sebagai doktor pakar..datin ila seorang yang sombong dan suka membuli orang gajinya yang bernama kak og..dia suka mendera kak og masak dan mengaku dia yang memasaknya..akhirnya rahsianya terbongkar bila `mikhail` yg menjadi anak angkatnya mencuri2 merakamkan perbuatan & perbualan datin ila yg tak berapa menyukainya..mikhail yang bakal menjadi jururawat mengunakan rakaman tersebut utk menakut2kan datin ila !!..bila doktor suri pulang kemalaysia dan berkhidmat dihospital tempat mikhail membuat latihan kerja sebagai jururawat..dia terpaksa berkahwin dgn mikahail atas permintaan bapanya tapi sebenarnya doktor suri tak berapa menyukai mikhail dan tidak membenarkan mikhail tidur diatas katil bersamanya.. 
dihospital juga doktor suri tidak membenarkan mukhail memberitahu sesiapa bahawa mereka adalah suami isteri..konflik timbul bila kawan lama doktor suri iaitu doktor fitri bertugas dihospital yg sama..mikhail cemburu dgn perhubungan mereka..
bila rahsia datin ila terbongkar..kerana datuk shahrizal sendiri terdengar mikhail mengugut datin ila..akhirnya datin ila mengakui perbuatannya dan menceritakan kisah yg sebenar bahawa dia tak pandai memasak dan dia memohon maaf dari datuk shahrizal dan mikhail dan menerima mikhail sebagai menantunya..tapi doktor suri masih bersikap dingin pada suaminya..bila tahun baru cina tiba mereka balik kerumah ibubapa datin ila..disana doktor fitri datang kerumah keluarga mereka..mikhail yang cemburu menyatakan suri adalah isterinya..doktor fitri sebenarnya hanya ingin menghantar kan undangan perkahwinannya dan dia sebenarnya telah tahu doktor suri telah berkahwin dgn mukhail..akhir cerita.. ehem mestilah `hepi ending`..suri & mikhail telah berbaik2.. ;) .. kenapa ek? lelaki bolih berkahwin dgn wanita yang lebih rendah jawatannya tapi perempuan tak dapat menerima suami yg berjawatan lebih rendah darinya !!.. anda bagaimana?..adakah anda lebih berpangkat dari suami anda.. ;)


** `hepi bezday buat my `sil` blogger jmr`**..

Sunday, February 3, 2013

Cerekarama TV3, syurga seorang isteri

assalam semua..


menonton tak cerekarama  TV3 tadi?..sob2..sedih akhir cerita ni.. :(

tajuk : syurga seorang isteri
waktu : sabtu 10.00 mlm -12.00 mlm - (TV3)
pelakon : diana rafar sebagai salina
             : awal ashaari sebagai rahimi
             : abu bakar omar sebagai saleh @ bapa salina
             : norlia ghani sebagai mah @ ibu salina
             : adam shah sebagai salim @ adik salina

penerbit : mohd yusri yusof
pengarah : hykal hanafiah
terbitan : layar consult sdn bhd

kisah tentang salina (diana rafar) yang berhenti membantu keluarganya selepas dia berkahwin dgn rahimi (awal ashaari) kerana terpaksa menanggung banyak hutang untuk membantu suaminya yang memulakan perniagaan sendiri..rahimi mempergunakan isterinya yang bertugas sebagai pegawai bank untuk membuat pinjaman perniagaannya !!..dia hanya suka meminta wang & berangan2 tinggi tanpa memperdulikan isterinya yang tertekan dan sering mendapat migraine ..rahimi juga  sering mengugut salina dgn berkata `saya bagi awak kerja pun dah cukup baik`..sakit hati & tension mama kalau dapat suami macam `rahimi` yang memang psycho dan kaki propa !!..hu2x.. menjadi watak rahimi yg dilakonkan olh awal ni !!.. isteri hanya tempat utk dia mendapatkan wang tanpa perlu berusaha sendiri..bisnes yang diusahakan pun tak berapa menjadi..`up darah tinggi` mama dibuatnya tgk perangai rahimi ni yang sengal ni !!.. :(
salina adalah seorg anak yg bijak dlm pelajaran & disayangi olh bapanya kerana dia belajar diuniversiti & berjawatan dan  sering membantu keluarganya dikg.. bila salina tidak lagi mengirimkan wang buat ibubapanya mereka hidup susah kembali & bapanya terpaksa menoreh getah utk menampung hidup..adik salina, salim yg kurang bijak dlm pelajaran sering dimarah & dipukul olh bapanya sewaktu kecil..bila bapa@ibunya mendapat tawaran utk menunaikan haji..salina terpaksa menjualkan keretanya utk menampung perbelanjaan mereka tetapi masih tidak mencukupi.. sakit hati mama bila rahimi (awal) berkata `yang nak pergi mekah mak@bapa awak, kenapa saya nak berkorban pulak`..bila bapanya terjatuh &sakit..salina meminta kebenaran utk pulang kekg untuk melawat bapanya tetapi tidak diizinkan olih rahimi dan dia mengugut salina.. `kalau awak balik juga jatuh talak awak`..
salina tetap keluar dari rumah utk pulang kekg..sampai dikg salina meminta maaf dari ibu@ bapanya..tiba2 dia diserang stroke..rasanya dia begitu tertekan dgn masalahnya.. hu2x..akhirnya ibu@bapanya menjual rumah & tanah yg dibeli olih salina buat mereka utk menampung belanja perubatan salina..rahimi pula diburu olih peminjam hutang & dipukul..akhirnya rumah & keretanya tergadai..rahimi dtg kekg utk menemui salina yg lumpuh..tetapi salina tak dapat menerimanya kembali..
teringat kata bapa salina : `benar syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami..suami seharusnya menjadi insan..bukan syaitan`..renung2kan..
syabas awal ashaari kerna berjaya melakonkan watak sebagai rahimi !!.. ;)
sakit hati mama tau tenguk perangai rahimi !!..ha2x..