My Lovely Friends..

Wednesday, June 19, 2013

inilah kisahnya.. :(

assalam semua..

i`m back.. ;)
lama sangat blog lemau@lembam ini terbiar kaku..
sebenarnya kehilangan mama selama 1 bulan + adalah kerana kesibukan menguruskan `puan n yg didalam pantang & dayyan harith`..
alhamdulillah kesihatan mama ok..walaupun terpaksa menelan `pil`(over dose) setiap hari utk mengelakan kesakitan pada sendi2 mama..hu2..



@@~~ dan Allah juga sentiasa menguji umatnya..sewaktu berpantang hari ke20+`puan n`mengalami infection..atas nasihat doktor klinik ~`puan n`dirujuk kehospital pakar untuk melakukan minor surgery berhampiran breast..
dan tahun ini hari jadi `puan n`disambut di`hospital pantai`klang.. :(
mengikut prosedur susu badan terpaksa dihentikan olih doktor ketika pembedahan..`dayyan harith` tidak dibenarkan menyusu badan utk sementara waktu, walaupun begitu dayyan sempat menyusu badan selama lbh kurang 20 hari sahaja.. :(

                                          pic : dicilok dr dedi dayyan.. ;)

pada hari pembedahan `puan n` dibius sepenuhnya kerana ia berhampiran kawasan sensitif !!..dia  ditemani olih `dedi dayyan`.. mama & en.papa pula menjaga dayyan dirumah..sewaktu `puan n`sedang dibedah dayyan harith meragam dia merengek2 walaupun selepas diberikan susu botol..rupanya dia mencari susu badan maminya.. :(  habis dihisapnya baju mama..hu2..
sedih sangat mama waktu tu bila melihat wajah dayyan !!..tanpa sedar airmata jatuh dengan sendirinya.. ya Allah besarnya ujian mu buat `puan n` & dayyan.. :(
mama hanya mampu berdoa agarkan segala2nya selamat & dipermudahkan olih Allah..ketika orang lain berpantang dirumah `dayyan harith` dibawa keluar utk melawat maminya di`hospital pantai`klang ..


@@~~ semuga dayyan harith menjadi anak yang soleh & disenangi serta disayangi olih semua orang..amin..